OWNER MEMBERS

kesunyian

assalamualaikum,



saya sungguh bosan malam nie,
selalu telefon berbunyi,
tapi sejak hbis kredit ni diam je dia.
malas r nak kuar top 4
si dia pun buat tak kisah je.
sayang tak kat saya sebenarnya.
ergggggggghhhhhhhhhhhhhh
apa-apa je la.
bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor
kalau jodoh saya ngan dia ada la tu.

lelaki misteri

demam exam

assalamualaikum,

mingu depan saya dah strat midsem.
cmne r.takut sangt nie. sem nie saya nak target 4.0
nak tebus sem lepas yang dapat ciput tu.
saya nak buktikan yang saya boleh. 
so saya akan cuba luangkan masa tuk berblog sekejap
please doakan kejayaan saya.
terima kasih.

Lelaki Misteri

layang-layang

assalamualaikum, 

alangkah indahnya dunia 
jika dapat hidup terbang seperti layang-layang.
tak perlu memikirkan apa-apa.
bebas terbang kesana kemari.
mencari kedamaian yang abadi

En Lelaki Misteri

marah

assalamualaikum,

hari ini budak sengal tu buat aku nak marah lagi kat dia. lama-lama naik penumbuk jugak kat muka dia. besar kecik je aku tengok muka dia. nak bergurau agak-agak r.jangan menjatuhkan maruah orang dan lagi satu nak bergurau pun tengok tempat r.kita ni bukan budak-budak kecik dan bodoh ag.dah dewasa. ni xkira la masa dalam kelas ke lam apa ke mulut tu gila je. ada je nak bercakap. tak kering gusi ke.kalau mulut banyak tanya soalan berfaedah tak pe la. umur dah tua pun otak masih lagi mentaliti budak-budak tak matang ag. nama je anak pengetua tapi akal tak ada. kat mana la dia letak dia punye otak tu. simpan dalam peti emas ke? kalau letak kat punggung memang bodoh r.ada otak tu guna r. jangn duk sedap mulut je cakap mencarut memaki orang. orang tu ada perasaan.lain la kau tu tak ada perasaan. lagi satu engkau ingat kau tu comey ko. tue supo negro jah. kalu org paggil cmtu kat kamu camne? xde nak marah kat orang ke. pasti meletup kan. lagi satu depan puan jangan nak tunjuk engkau macho la. tak la tak tahu malu. selamba je tunjuk bentuk tubuh tak pakai baju dan seluar kat orang. cuba jadi matang la..

en lelaki misteri

S-SHEQ DAY

assalamualaikum,

hari nie kolej tempat aku masih belajar sekarang nie telah menjemput menteri sumber manusia tuk melancarkan s-sheQ day. mesti korang tertanya-tanya ape itu ? s-sheq day tu ialah hari pelaut.ni julung-julung kali kolej aku menyambut hari pelaut ni.sebelum nie tak pernah sambut pun. banyak perubahan dapat dilihat pada kolej semata-mata demi menganjurkan hari pelaut nie. BUT ada sesuatu yang membuat ku tidak berapa suka ngan pentadbiran dan cara-cara urus majlin s nie. dah la ada stail cam paksa orang datang majlis ni. kalau tak attend xkira datang kolej selama minggu tu. nak bagi kupon pun lambat sampai ada yang tolak menolak dan memintas. bukan nak buka banyak kaunter bagi kupon nie. dah la panas..ingat satu kaunter cukup.

p/s : sekadar meluah apa yang ada dalam hati.

En Lelaki Misteri

kat mana kau letak otak kau r

assalamualaikum,
sory la kalau entry kali ni panas dari biasa. ni sahaja tempah aku boleh melepaskan kemarahan ku.masa kelas tengah hari tadi ada la seorang budak kelas aku tu.kerja dia menyampuk dan mencari pasal je keja dia. nak kata tak ada otak,otak ada.tak tahu la kalau dia tak kat punggung. kalau bab politik memang xboleh lawan dia. ada je hal dan isu. tapi dia tahu tak apa itu politik. main dengar sebelah pihak je. finatik sangat. hari ni memang aku geram sangat kat dia. asal besar kecik je muka dia aku tengok. dah juak tengok muka dia. kalau boleh dah tak nak tengok je muka dia. tapi dia pun manusia. aku paling benci sikap dia. xreti tengok ore nak marah ke tak. wak muka donno je. ingat dia wak gitu ore takut dia. tak takut lansung. aku bukan pe malas nak cari pasal coz aku datang belajar kat sini nak cari ilmu. aku pun dah janji ngan family aku tak nak bikin hal.

p/s : manusia nie kadang-kadang kena fikir jugak perasan orang lain.jangan disangaka air yang cetek tak ada buaya.sekali dia ngap.habis.sebelum nak buat apa-apa keputusan fikir dua kali.

En lelaki misteri

back to kemaman

Assalamualaikum,
Hari ini aku datang semula ke kemaman. Aku dating sorang je bawa motor. Dalam perjalanan jalan sibuk je. Polis buat sekatan pun banyak.maybe budak u sibuk kena dating kolej kot.sbb tu busy sikit jalan. Selain itu aku juga sempat melihat kemalangan kereta merempuh berdozer. Semua meninggal ditempat kejadian. Alfatihah diucap kepada mangsa kemalangan itu.hancur terus depan kereta tu.

En Lelaki Misteri

membersih kubur

assalamualaikum,
hari ini hari yang penuh dengan kerahmatan.hari ini merupakan penghulu segala hari.hari ini juga aku ke kubur arwah ayahku dengan abangku untuk membersih kubur.sebagai seorang anak sudah menjadi tanggungjawab aku ngan abangku. anak lelaki memikul tanggungjawab yang besar,kerana anak lelaki merupakan imam,ketua keluarga dan seorang bapa kepada anak-anak. i love u so much ayah. biarpun kau telah lama pergi meninggalkan kami. dirimu tetap dalam ingatn.selagi anakmu masih hidup ini selagi itu tidak putus doa kami untukmu. hilangmu tiada ganti..

En Lelaki Misteri

home sweet home

assalamualaikum,
bestnya dapat blik umah sendiri ini.rindu kat tempat tido aku,hahahaha..ada katil dan benda lain jugak yang aku suka.


En Lelaki Misteri

engkau jangan berlagak r !!!!

assalamualaikum,
aku tahu r engkau tu orang berada. jangan r engkau sedap-sedap mulut je mengata orang cam aku ni. aku tahu la status aku. nak kawan ngan engkau pun tak layak. tapi bagi aku yang penting bukan wang ringgit menjadi soal persahabatan, yang kaya bukan engkau pun. parent kau. engkau tu menumpang kekayaan dia je. so jangan duk belagak sangat. memang r engkau boleh beli semua yang engkau mahu kalau ada duit. tapi tak semua benda engkau boleh beli ngan duit kau. lagi satu engkau jangan r duk memperlekehkan kawan-kawan engkau yang lain. bukan mereka minta diperlakukan begitu. engkau nak ke? aku rasa jauh sekali. dia orang pun ada perasaan jgak.kalu engkau jadi orang macam aku engkau tahu la cmne aku rasa.

p/s : money is not everything


En Lelaki Misteri

terguris..

assalamualaikum,
Malam ini hati ku sedikit terguris. Ni time aku tak  pe r. masa senang lupa kawan.
Time susah terhegeh-hegeh r cari aku. Ada ubi ada batas.Ada hari boleh ku balas. aku ni dah banyak tolong kau. bukan nak mengungkit, tapi itu lah. kau tak menghargai langsung pengorbanan aku. aku tahu la aku ni bukan sape-sape kat kau. tapi aku jugak ada perasaan cam kau jgak. lainlah kalau engkau ni hati batu. tu nak buat camne kan. itu lain citer r. kalu engkau rasa engkau ada hati engkau fikir r. baik ke tak engkau buat tu. renung-renungkanlah.

p/s : hargailah manusia lain,sesunguhnya menyayangi manusia lain itu banyak manafaatnya.

En Lelaki Misteri

bukan nak kata aku nie baik ke tak??

Assalamualaikum,
Nak kata aku ni baik xde r.tapi sebelum kau nak tegur orang tu cermin muka kau tu dulu. Kalau ilmu sekakang kera xpyh r. jangan duk perasan bgus r. bukan sifat aku ni. Sebelum kau nak perbetulkan diri orang lain. Perbetulkan diri kau dulu. Aku walaupun xberapa baik tapi aku tahu yang mana hak dan yang mana batil. Boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Aku ada akal fikiran. So aku boleh fikir r. tak payah r kau nak main bahasa kias-kias ngan aku. Aku hidup lebih lama ngan kau. Berbagai-bagai orang aku berkawan. Aku paling benci kalau orang yang nasihat aku tu perasan dia bagus. Kalu perangai bajet sempurna kau pergi ceramah orang lain r dulu. Yang baik aku jadikan teladan dan yang buruk aku jadikan sempadan. Kita perbetulkan dahulu hati dan perasaan kita tu baru boleh nak perbetulkan orang lain. Setiap orang tidak sama perangai. Lain orang lain ragam dan perangai.

p/s : sorry yea kalau post saya sedikit emosional. 

En Lelaki Misteri

terkenangkan peristiwa lama..

Malam ini banyak benda bermain difikiran ku. Terkenangkan kembali peristiwa lalu. Meningatkan aku pada si dia. Orang yang aku sanagt cintai. Dia merupakan cinta pertama ku. Itulah kali pertama aku jatuh cinta kepada si dia. Aku mengenalinya semasa hari jadi ku yang ke 18 kalau tidak silap. Bermula dari saat itu hubungan kami makin lama makin intim. Kamai berbalas sms dan telefon. Dia merupakan seorang pelajar di sekolah yang majority pandai. Tidak payahlah aku menyebut sekolah itu. ketika itu aku pun masih belajar sehingga kini. aku sangat menyayangi dirinya. kasih dan sayang aku tak akan hilang.biarpun dia sudah melupakan diriku.cinta perlukan pengorbanan. dan demi melihat dia bahagia aku sanggup berundur. menyanyangi seseorang tidak semestinya dapat memiliki dirinya. aku pasrah dengan ketentuannya. jika dia ditakdirkan aku untuk nya maka adalah jodohnya.mungkin kali ini aku dengan dia tiada jodoh. untuk pengetahuan kamu sehingga kini cinta aku terhadapnya tidak pernah pudar sedikit pun.

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk



a) Diam Seribu Bahasa
* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amek hanger, gantung kat muncung dia)

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Hisap rokok
* Macam tak pernah dapat rokok setahun.


En Lelaki Misteri

Cara Enable Name/URL Di Kotak Komen

assalamualaikum,
Hari ini saya ingin memposting kan tentang kesilapan ketika pengunjung memberi komen.Setting awal blog Disable Name/URL dikotak komen.


Langkah-langkah enable Name/URL di kotak komen :

1. Sign in blog anda.
2. Klik Dashboard.
3. Klik Setting.
4. Klik comments.
5. Cari teks ‘Who can comment?
6. Tanda Anyone.
7. Save.



Gambar Kotak komen ketika disable



Gambar Kotak komen selepas enable



Selamat Mencuba..

 En Lelaki Misteri

berita kematian bekas seorang guru matematik ku

Assalamualaikum
kelmarin aku mendapat khabar yang mak kepada kawanku masa sekolah rendah dahulu telah kembali jalan ramahtullah. Mak dia ni bukan orang lain kepada ku, dia merupakan bekas guru matematik ku masa sekolah rendah dulu. Tanpa dia aku tidak akan mendapat A dalam ujian UPSR dulu. Aku merupakan pelajar yang lemah dalam matematik sejak dari sekolah rendah. Dia lah yang banyak memberi aku tunjuk ajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Terima kasih kepada shuhada kerana menyampaikan berita ini kepada ku. Salam Takziah. Jasa dan pengorbanan mu tidak akan ku lupakan wahai guru ku.semoga roh kamu dicucuhi rahmat Allah S.W.T.

 En Lelaki Misteri

8 cenderahati paling berharga


Cenderahati yang akan dinyatakan in tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.

1. kehadiran

Kehadiran orang yang dikasihi iaitu satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih syang secara lebih uth dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran andasebagai pembawa kebahagiaan.

2. mendengar

Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang yang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kiti diketahui bahawa sikap saling sedia mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curaha hatinya terhadap anda, secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penialaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.

3. diam

Seperti kata-kata, di dalam diam juga ada kekuatan/ diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam jugaboleh menunjukkan perasaancinta kita pada seseorang keranamemeberinya ’ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudahbiasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.

4. kebebasan

Mencintai seseorang bukanbermakna memberikan kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkagkita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberikan kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnyauntuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5. keindahan

Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang kita sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cntik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6. tanggapan positif

Tanpa sedar, kita memberikan penilaiannegatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaan mutlak hanya kepada dia. Kali ini, cubahadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cibalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannyademi anda. Cuba ungatkan semula pernahkan anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7. sedia mengalah

Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangan, apakah wajar sebuah hibungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika si dia tidak menepati janji, tapi jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8. senyum

Percaya atau tidak, snyuman mempunyai kekuatan.senyuman menerbitkan kemesraan.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulen dan tidak ia bertopeng.
Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
 En Lelaki Misteri

Perbezaan Wordpress dan Blogspot

Soal perbezaan antara Blogspodan Worpress,sebenarnya perbezaan diantara keduanya tidaklah jauh berbeza.


Berikut perbezaan antara Blogger dan Wordpress :

1. Wordpress dapat mengimport post yang ada pada Blogger/Blogspot sebaliknya Blogger tidak boleh mengimport postin yang ada pada Wordpress.

2. Wordpress menyediakan form komen yang user friendly sedangkan Blogger agak sedikit sulit untuk memberikan sebuah komen, tapi jika anda setting tentu saja boleh user friendly

3. Blogger menyediakan menu Drag Drop yang mudah untuk di gunakan, sedangkan Wordpress sulit Drag Drop edit element halaman.

4. Blogger support Google Adsense yang mudah untuk kita gunakan pada Edit halaman, sedangkan Wordpress tidak mensupport Google Andsense, meskipun banyak yang menyediakan plugin google Adnsense

5. Wordpress lebih mudah dalam menangani spam karana telah di lengkapi dengan plugin anti spam, Sedangkan Blogger dapat di lakukan dengan moderation order dari commenting systemnya.

6. Para pengguna Wordpress yang sombong di bandingkan dengan Blogger meskipun hanya beberapa saja, kenapa demikia.Sedangkan para pengguna Blogger sentiasa bertukar.

7. Apabila Anda telah mempunyai domain dan hosting sendiri software Wordpress telah tersedia dan siap di install di panel Anda. Sedangkan Blogger tidak tersedia disana. Tetapi Anda juga boleh menggunakan domain Anda dan hosting pada Blogger


Selamat Berblogger n Wordpress..

dead tired

You love me like flowers,
That love God’s words.
Never tired of spreading,
Their aroma of happiness.
Never tired of calming down their worries.
You love me like the sun that loves us, thy God
Never tired of radiating its bright light
Never tired of valuing life.


Lelaki Misteri