OWNER MEMBERS

kat mana kau letak otak kau r

assalamualaikum,
sory la kalau entry kali ni panas dari biasa. ni sahaja tempah aku boleh melepaskan kemarahan ku.masa kelas tengah hari tadi ada la seorang budak kelas aku tu.kerja dia menyampuk dan mencari pasal je keja dia. nak kata tak ada otak,otak ada.tak tahu la kalau dia tak kat punggung. kalau bab politik memang xboleh lawan dia. ada je hal dan isu. tapi dia tahu tak apa itu politik. main dengar sebelah pihak je. finatik sangat. hari ni memang aku geram sangat kat dia. asal besar kecik je muka dia aku tengok. dah juak tengok muka dia. kalau boleh dah tak nak tengok je muka dia. tapi dia pun manusia. aku paling benci sikap dia. xreti tengok ore nak marah ke tak. wak muka donno je. ingat dia wak gitu ore takut dia. tak takut lansung. aku bukan pe malas nak cari pasal coz aku datang belajar kat sini nak cari ilmu. aku pun dah janji ngan family aku tak nak bikin hal.

p/s : manusia nie kadang-kadang kena fikir jugak perasan orang lain.jangan disangaka air yang cetek tak ada buaya.sekali dia ngap.habis.sebelum nak buat apa-apa keputusan fikir dua kali.

En lelaki misteri

back to kemaman

Assalamualaikum,
Hari ini aku datang semula ke kemaman. Aku dating sorang je bawa motor. Dalam perjalanan jalan sibuk je. Polis buat sekatan pun banyak.maybe budak u sibuk kena dating kolej kot.sbb tu busy sikit jalan. Selain itu aku juga sempat melihat kemalangan kereta merempuh berdozer. Semua meninggal ditempat kejadian. Alfatihah diucap kepada mangsa kemalangan itu.hancur terus depan kereta tu.

En Lelaki Misteri

membersih kubur

assalamualaikum,
hari ini hari yang penuh dengan kerahmatan.hari ini merupakan penghulu segala hari.hari ini juga aku ke kubur arwah ayahku dengan abangku untuk membersih kubur.sebagai seorang anak sudah menjadi tanggungjawab aku ngan abangku. anak lelaki memikul tanggungjawab yang besar,kerana anak lelaki merupakan imam,ketua keluarga dan seorang bapa kepada anak-anak. i love u so much ayah. biarpun kau telah lama pergi meninggalkan kami. dirimu tetap dalam ingatn.selagi anakmu masih hidup ini selagi itu tidak putus doa kami untukmu. hilangmu tiada ganti..

En Lelaki Misteri

home sweet home

assalamualaikum,
bestnya dapat blik umah sendiri ini.rindu kat tempat tido aku,hahahaha..ada katil dan benda lain jugak yang aku suka.


En Lelaki Misteri

engkau jangan berlagak r !!!!

assalamualaikum,
aku tahu r engkau tu orang berada. jangan r engkau sedap-sedap mulut je mengata orang cam aku ni. aku tahu la status aku. nak kawan ngan engkau pun tak layak. tapi bagi aku yang penting bukan wang ringgit menjadi soal persahabatan, yang kaya bukan engkau pun. parent kau. engkau tu menumpang kekayaan dia je. so jangan duk belagak sangat. memang r engkau boleh beli semua yang engkau mahu kalau ada duit. tapi tak semua benda engkau boleh beli ngan duit kau. lagi satu engkau jangan r duk memperlekehkan kawan-kawan engkau yang lain. bukan mereka minta diperlakukan begitu. engkau nak ke? aku rasa jauh sekali. dia orang pun ada perasaan jgak.kalu engkau jadi orang macam aku engkau tahu la cmne aku rasa.

p/s : money is not everything


En Lelaki Misteri

terguris..

assalamualaikum,
Malam ini hati ku sedikit terguris. Ni time aku tak  pe r. masa senang lupa kawan.
Time susah terhegeh-hegeh r cari aku. Ada ubi ada batas.Ada hari boleh ku balas. aku ni dah banyak tolong kau. bukan nak mengungkit, tapi itu lah. kau tak menghargai langsung pengorbanan aku. aku tahu la aku ni bukan sape-sape kat kau. tapi aku jugak ada perasaan cam kau jgak. lainlah kalau engkau ni hati batu. tu nak buat camne kan. itu lain citer r. kalu engkau rasa engkau ada hati engkau fikir r. baik ke tak engkau buat tu. renung-renungkanlah.

p/s : hargailah manusia lain,sesunguhnya menyayangi manusia lain itu banyak manafaatnya.

En Lelaki Misteri

bukan nak kata aku nie baik ke tak??

Assalamualaikum,
Nak kata aku ni baik xde r.tapi sebelum kau nak tegur orang tu cermin muka kau tu dulu. Kalau ilmu sekakang kera xpyh r. jangan duk perasan bgus r. bukan sifat aku ni. Sebelum kau nak perbetulkan diri orang lain. Perbetulkan diri kau dulu. Aku walaupun xberapa baik tapi aku tahu yang mana hak dan yang mana batil. Boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Aku ada akal fikiran. So aku boleh fikir r. tak payah r kau nak main bahasa kias-kias ngan aku. Aku hidup lebih lama ngan kau. Berbagai-bagai orang aku berkawan. Aku paling benci kalau orang yang nasihat aku tu perasan dia bagus. Kalu perangai bajet sempurna kau pergi ceramah orang lain r dulu. Yang baik aku jadikan teladan dan yang buruk aku jadikan sempadan. Kita perbetulkan dahulu hati dan perasaan kita tu baru boleh nak perbetulkan orang lain. Setiap orang tidak sama perangai. Lain orang lain ragam dan perangai.

p/s : sorry yea kalau post saya sedikit emosional. 

En Lelaki Misteri