OWNER MEMBERS

engkau jangan berlagak r !!!!

assalamualaikum,
aku tahu r engkau tu orang berada. jangan r engkau sedap-sedap mulut je mengata orang cam aku ni. aku tahu la status aku. nak kawan ngan engkau pun tak layak. tapi bagi aku yang penting bukan wang ringgit menjadi soal persahabatan, yang kaya bukan engkau pun. parent kau. engkau tu menumpang kekayaan dia je. so jangan duk belagak sangat. memang r engkau boleh beli semua yang engkau mahu kalau ada duit. tapi tak semua benda engkau boleh beli ngan duit kau. lagi satu engkau jangan r duk memperlekehkan kawan-kawan engkau yang lain. bukan mereka minta diperlakukan begitu. engkau nak ke? aku rasa jauh sekali. dia orang pun ada perasaan jgak.kalu engkau jadi orang macam aku engkau tahu la cmne aku rasa.

p/s : money is not everything


En Lelaki Misteri

terguris..

assalamualaikum,
Malam ini hati ku sedikit terguris. Ni time aku tak  pe r. masa senang lupa kawan.
Time susah terhegeh-hegeh r cari aku. Ada ubi ada batas.Ada hari boleh ku balas. aku ni dah banyak tolong kau. bukan nak mengungkit, tapi itu lah. kau tak menghargai langsung pengorbanan aku. aku tahu la aku ni bukan sape-sape kat kau. tapi aku jugak ada perasaan cam kau jgak. lainlah kalau engkau ni hati batu. tu nak buat camne kan. itu lain citer r. kalu engkau rasa engkau ada hati engkau fikir r. baik ke tak engkau buat tu. renung-renungkanlah.

p/s : hargailah manusia lain,sesunguhnya menyayangi manusia lain itu banyak manafaatnya.

En Lelaki Misteri

bukan nak kata aku nie baik ke tak??

Assalamualaikum,
Nak kata aku ni baik xde r.tapi sebelum kau nak tegur orang tu cermin muka kau tu dulu. Kalau ilmu sekakang kera xpyh r. jangan duk perasan bgus r. bukan sifat aku ni. Sebelum kau nak perbetulkan diri orang lain. Perbetulkan diri kau dulu. Aku walaupun xberapa baik tapi aku tahu yang mana hak dan yang mana batil. Boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Aku ada akal fikiran. So aku boleh fikir r. tak payah r kau nak main bahasa kias-kias ngan aku. Aku hidup lebih lama ngan kau. Berbagai-bagai orang aku berkawan. Aku paling benci kalau orang yang nasihat aku tu perasan dia bagus. Kalu perangai bajet sempurna kau pergi ceramah orang lain r dulu. Yang baik aku jadikan teladan dan yang buruk aku jadikan sempadan. Kita perbetulkan dahulu hati dan perasaan kita tu baru boleh nak perbetulkan orang lain. Setiap orang tidak sama perangai. Lain orang lain ragam dan perangai.

p/s : sorry yea kalau post saya sedikit emosional. 

En Lelaki Misteri

terkenangkan peristiwa lama..

Malam ini banyak benda bermain difikiran ku. Terkenangkan kembali peristiwa lalu. Meningatkan aku pada si dia. Orang yang aku sanagt cintai. Dia merupakan cinta pertama ku. Itulah kali pertama aku jatuh cinta kepada si dia. Aku mengenalinya semasa hari jadi ku yang ke 18 kalau tidak silap. Bermula dari saat itu hubungan kami makin lama makin intim. Kamai berbalas sms dan telefon. Dia merupakan seorang pelajar di sekolah yang majority pandai. Tidak payahlah aku menyebut sekolah itu. ketika itu aku pun masih belajar sehingga kini. aku sangat menyayangi dirinya. kasih dan sayang aku tak akan hilang.biarpun dia sudah melupakan diriku.cinta perlukan pengorbanan. dan demi melihat dia bahagia aku sanggup berundur. menyanyangi seseorang tidak semestinya dapat memiliki dirinya. aku pasrah dengan ketentuannya. jika dia ditakdirkan aku untuk nya maka adalah jodohnya.mungkin kali ini aku dengan dia tiada jodoh. untuk pengetahuan kamu sehingga kini cinta aku terhadapnya tidak pernah pudar sedikit pun.

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk



a) Diam Seribu Bahasa
* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amek hanger, gantung kat muncung dia)

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Hisap rokok
* Macam tak pernah dapat rokok setahun.


En Lelaki Misteri

Cara Enable Name/URL Di Kotak Komen

assalamualaikum,
Hari ini saya ingin memposting kan tentang kesilapan ketika pengunjung memberi komen.Setting awal blog Disable Name/URL dikotak komen.


Langkah-langkah enable Name/URL di kotak komen :

1. Sign in blog anda.
2. Klik Dashboard.
3. Klik Setting.
4. Klik comments.
5. Cari teks ‘Who can comment?
6. Tanda Anyone.
7. Save.



Gambar Kotak komen ketika disable



Gambar Kotak komen selepas enable



Selamat Mencuba..

 En Lelaki Misteri

berita kematian bekas seorang guru matematik ku

Assalamualaikum
kelmarin aku mendapat khabar yang mak kepada kawanku masa sekolah rendah dahulu telah kembali jalan ramahtullah. Mak dia ni bukan orang lain kepada ku, dia merupakan bekas guru matematik ku masa sekolah rendah dulu. Tanpa dia aku tidak akan mendapat A dalam ujian UPSR dulu. Aku merupakan pelajar yang lemah dalam matematik sejak dari sekolah rendah. Dia lah yang banyak memberi aku tunjuk ajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Terima kasih kepada shuhada kerana menyampaikan berita ini kepada ku. Salam Takziah. Jasa dan pengorbanan mu tidak akan ku lupakan wahai guru ku.semoga roh kamu dicucuhi rahmat Allah S.W.T.

 En Lelaki Misteri