OWNER MEMBERS

berita kematian bekas seorang guru matematik ku

Assalamualaikum
kelmarin aku mendapat khabar yang mak kepada kawanku masa sekolah rendah dahulu telah kembali jalan ramahtullah. Mak dia ni bukan orang lain kepada ku, dia merupakan bekas guru matematik ku masa sekolah rendah dulu. Tanpa dia aku tidak akan mendapat A dalam ujian UPSR dulu. Aku merupakan pelajar yang lemah dalam matematik sejak dari sekolah rendah. Dia lah yang banyak memberi aku tunjuk ajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Terima kasih kepada shuhada kerana menyampaikan berita ini kepada ku. Salam Takziah. Jasa dan pengorbanan mu tidak akan ku lupakan wahai guru ku.semoga roh kamu dicucuhi rahmat Allah S.W.T.

 En Lelaki Misteri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan